Bertanding semula Presiden MCA Ong_Ka_Ting

Pada 28 Jun 2008, beliau menyerahkan jawatan presiden MCA kepada Datuk Seri Ong Tee Keat dengan harapan MCA akan bersatu, selamat dan dipulihkan daripada tsunami 8 Mac 2008.Antara perubahan yang dilakukan sejak menjadi presiden pada 2003 ialah menghadkan tempoh memegang jawatan presiden kepada 9 tahun sahaja. Sistem kewangan turut diperbaiki supaya parti bebas daripada hutang lapuk.

Pada 16 Mac 2010, Ong Ka ting mengumumkan bertanding semula bagi jawatan Presiden MCA dalam Pemilihan MCA 2010 pada 28 Mac 2010. Beliau bertanding semula atas permintaan perwakilan, veteran dan ahli MCA menerusi sms, e-mel dan telefon. Tujuannya bagi menstabilkan keadaan dan menangani masalah dalaman parti MCA secepat mungkin.

Krisis dalam membazirkan banyak masa parti sedangkan PRU13 semakin hampir. Parti MCA mungkin akan dibubarkan sebagaimana UMNO pada 1988 jika krisis berterusan. Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada Oktober 2009 meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dipecat daripada jawatan tersebut. Ekoran itu, naib presidennya, Tiong Lai dilantik timbalan presiden. Bagaimanapun selepas itu Soi Lek disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih sah sebagai timbalan presiden.[1]